Saturday, August 27, 2011

TIADA GANGGUAN SEKS DI TV3

Sistem Televisyen Malaysia Berhad, TV3 dalam satu kenyataan media hari ini berkata laporan 'Wartawan TV3 dakwa kena ganguan seksual' yang disiarkan pada 24 Ogos lalu sebagai tidak tepat.

“Merujuk kepada tajuk berita berikut: “Wartawan TV3 dakwa kena ganguan seksual' di laman portal Malaysiakini pada 24 Ogos lalu, pihak TV3 mengambil langkah untuk menyiasat perkara tersebut selaras dengan polisi integriti syarikat.

“Hasil siasatan mendapati ia tidak tepat, malah tiada aduan rasmi dibuat oleh mana-mana pihak mengenai dakwaan tersebut.

“Kami berharap kenyataan ini dapat menjelaskan kedudukan sebenar laporan berkenaan,” petik kenyataan yang difakskan hari ini.

Pada Rabu lalu, memetik sumber, TV Selangor melaporkan empat wartawan termasuk seorang pembaca berita TV3 mendakwa menjadi 'mangsa' gangguan seksual seorang editor kanan setesen televisyen swasta itu.

Menurut TV Selangor, empat orang yang mendakwa diri mereka mangsa ganggual seksual itu tampil baru-baru ini memberi kenyataan kepada pihak pengurusan.

Antara lain, mereka mengemukakan mesej sistem pesanan ringkas (SMS) berunsur lucah yang dihantar oleh editor berkenaan sebagai menyokong dakwaan gangguan seksual yang dialami mereka sejak beberapa bulan itu.

Menurut sumber berkenaan lagi yang dipetik oleh TV Selangor, editor tersebut menggunakan pangkat dan jawatannya untuk “menggoda” mereka secara licik. - Malaysiakini.

Friday, August 26, 2011

PAYU DARA JADI HAL

Syarikat penerbangan Indonesia, Garuda menafikan dakwaan seorang wanita Korea Selatan yang memohon jawatan pramugari kononnya doktor lelaki memeriksa payu dara semua calon bagi mengesan jika terdapat sebarang implan.

Setiausaha korporat syarikat penerbangan itu, Pujobroto, berkata pemeriksaan kesihatan rutin yang merupakan sebahagian daripada proses pengambilan petugas baru tidak melibatkan pemeriksaan payu dara.

Wanita Korea Selatan itu dilaporkan berkata ramai calon yang memohon 18 jawatan pramugari Garuda Indonesia, dikehendaki menanggalkan pakaian kecuali seluar dalam, bagi membolehkan doktor, yang merupakan seorang lelaki, mengesan sama ada terdapat sebarang implan ataupun tatu.

Seorang pegawai Garuda dipetik oleh agensi berita Korea, Yonhap, sebagai berkata bahawa pemeriksaan menggunakan tangan dilakukan kerana implan boleh menimbulkan masalah kepada kesihatan jika tekanan udara rendah semasa penerbangan.

Pegawai itu juga dilaporkan berkata bahawa anak kapal dilarang mempunyai tatu, dan larangan ini juga terpakai kepada rakyat asing yang berkhidmat dengan Garuda.

Pujobroto berkata pemeriksaan fizikal dilakukan oleh satu pasukan perubatan Garuda dari Indonesia yang dibantu oleh petugas wanita dari Korea.

(Renungan Rimau : Nasib baik kes ini tidak berlaku di Malaysia atau tidak dihebohkan kerana amalan rutin. Nanti Ada orang minta tubuh Suruhanjaya Diraja. Macam-macam hal. Kalau malu takyah bogel dan heboh satu dunia. Apala)

Thursday, August 25, 2011

ROSLI DAPAT RAHMAT RAMADAN

Ini rahmat bulan Ramadan. Bagi sesetengah orang kenyataan Dr Che Rosli Che Mat seorang ahli Parlimen Pas menyatakan yang benar mengenai Lynas Corp di Gebeng, pasti menimbulkan tanda tanya. Ada yang merasakan Dr Che Rosli akan menyangkal kenyataan itu dan memperbetulkannya nanti. Kita tunggu.

Apapun, kenyataan Dr Che Rosli menyatakan bahawa loji nuklear Lynas Corp itu selamat dan menyelar kenyataan MP PKR Kuantan, Fuziah Salleh yang disifatkan menakut-nakutkan orang ramai adalah langkah berani dan bertanggungjawab.

Sebagai seorang pakar terlatih nuklear, satu tentulah Dr Che Rosli perlu menyuarakan yang benar walaupun terpaksa menyanggah MP dari pakatan politiknya. Sebagai orang Islam sudah tentulah Dr Che Rosli mahu menyatakan kebenaran apatah lagi dalam bulan Ramadan yang mulia ini. Bercakap bohong lama-lama mencuri, bercakap benar lama-lama bersinar.

Menurutnya, beliau berdiam diri selama ini kerana ia dibawa oleh rakan politik dalam Pakatan, Fuziah. Tetapi, baginya apa yang dilontarkan oleh Fuziah selama ini perlu diberhentikan. Dalam ertikata lain perlu diperbetulkan. Inilah rahmat Ramadan.

"Saya berdiam diri selama ini tetapi ini tidak adil. Mereka membuat pandangan mengenai isu ini dalam Harakah," katanya. Beliau terpanggil untuk membetulkannya kerana merasa malu dan menyifatkan tuduhan itu tidak betul.

Apapun tahniah Dr Che Rosli.

Semoga terus kekal dengan kenyataan berani itu walaupun pahit atau menerima tekanan pada masa akan datang. Takutlah pada Allah dan bukannya pada manusia.

NAGUIB KP BARU FINAS?

Hari ini, Normah Becok dalam kolumnya di Berita Harian mendapat khabar bahawa seorang penulis dan pengarah filem, Naguib Razak, akan menjadi KP Finas yang baru.

Naguib, kata Normah, sudah mendapat surat perlantikan yang berkuatkuasa pada 1 September ini menggantikan Mahyiddin Mustakim yang tamat kontrak pada akhir Jun lalu.

Perlantikan Naguib ini adalah satu yang memeranjatkan bagi sesetengah pihak kerana sebelum dua nama disebut akan memegang jawatan itu ialah pengarah Ahmad Idham dan seorang ahli akademik, Dr Megat Al-Imran dari Universiti Putra Malaysia.

Itulah yang dikatakan rezeki di tangan tuhan.

Bagaimanapun, Naguib bukan orang asing dalam bidang perfileman dan dokumentari kerana beliau pernah menghasilkan dokumentari seperti Anak Duyung, The Boatmaker & the Sea Glass Enclosure: Tokyo Invisible dan Becoming A King: Inside The Coronation of The Agong yang pernah disiarkan di saluran TV antarabangsa, Discovery Channel.

Tahniahlah kepada Naguib yang pasti mempunyai tanggungjawab besar untuk memantapkan industri perfileman di negara ini.

Wednesday, August 24, 2011

JANGAN CAKAP BANYAK

Tak mahu cakap banyak bulan Ramadan ini.

Tetapi elok baca Rocky Bru dan APANAMA .

Jangan cakap banyak bulan puasa ini nanti tersilap cakap. Allah Maha Mengetahui.

Selain itu jangan lupa baca blog BUJAI mengenai orang Melayu meraung kerana kereta kena 'curi'. Nak raya kereta tiada. Bujai pasti tahu apa yang dia cakap sebab dialah ejen 007 dan usahawan jalanan. Wuaaaaa.

Tuesday, August 23, 2011

SHAHRIZAT TIDAK KISAH

gambar oleh Minaq Jinggo


Oleh Lukman Abdullah

Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyerahkan sebulat-bulatnya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menentukan samada beliau akan bertanding pada mana-mana kerusi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 nanti.

Baginya, sama ada beliau dicalonkan atau tidak bukan perkara utama kerana selaku ketua mesti mengutamakan persiapan satu jentera yang boleh membawa kemenangan pada pilihan raya umum akan datang.

“Itu adalah satu tugas yang saya pikul dengan penuh amanah, saya akan jalankan tugas saya dengan sebaik-baiknya, saya mesti 'deliver' pada PM satu jentera yang akan jadi tulang belakang dan akan menentukan kemenangan BN,” tegas Shahrizat yang ditemui Agendadaily pada Majlis Berbuka Puasa dengan pengamal media di Kuala Lumpur, petang Isnin.

Mengulas lanjut tentang beliau akan dicalonkan atau tidak, Shahrizat berkata, “saya tanding atau tidak bukan satu perkara utama kerana keutamaan jentera wanita mesti mantap dan menjadi tulang belakang untuk bawa kemenangan.” “Jentera Wanita mesti bersatu padu, berdisiplin dan ada pelan strategi di samping siap siaga, itu janji saya kepada PM, dari mula saya jadi ketua hingga sekarang saya tidak pernah
berginjak daripada tanggungjawab ini.” jelas beliau.

Ditanya persiapan Wanita hadapi PRU, Shahrizat menjelaskan pihaknya sentiasa siap siaga, apabila Perdana Menteri umum tarikh pilihan raya kita akan turun ke padang.

Menurutnya, jentera Wanita BN pun berada dalam keadaan yang sihat kerana semangat di kalangan mereka berkobar-kobar untuk mempertahankan perpaduan dan keamanan negara.

“Kami bukan hanya ahli politik tetapi kami Wanita BN sebagai ibu kepada satu-satunya negara Malaysia, kita akan berjuang sepenuhnya mempertahankan perpaduan dan keamanan. Kita tidak lihat dari segi politik semata-mata tetapi sebagai ibu yang hendak mempertahankan negara tercinta ini, saya rasa bertuah selaku ketua mendapat serikandi dan wirawati yang sentiasa siap siaga,” katanya.

(Renungan Rimau : DS Shahrizat rajin dan kerja kuat. Tahniah Wanita UMNO).

Monday, August 22, 2011

ANWAR PILIH BELA DIRI

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih untuk memberi keterangan di kandang tertuduh bagi membela diri terhadap tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan yang bermula di sini Isnin.

Ketika prosiding bermula, Karpal Singh yang mengetuai pasukan pembelaan memberitahu mahkamah anak guamnya akan memberi keterangan dari kandang tertuduh.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata Anwar mempunyai tiga pilihan memberi keterangan di kandang saksi di mana pihak pendakwaan boleh menyoal balas beliau; memberi keterangan di kandang tertuduh di mana pihak pendakwaan tidak boleh menyoal balas tertuduh tetapi semasa membuat keputusan mahkamah boleh mengambil kira fakta yang pihak pendakwaan tidak memeriksa balas tertuduh; atau memilih untuk berdiam diri, iaitu tidak memberi sebarang keterangan.

Pada 8 Ogos, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk menemu bual antaranya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, serta bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

Pada 12 Ogos, Najib dan Rosmah hadir ke mahkamah untuk temu bual itu dan masing-masing meluangkan masa kira-kira lima minit dalam bilik mesyuarat bersama Karpal dan S.N. Nair serta Anwar.

Pada 16 Mei, Mohamad Zabidin memerintahkan Anwar membela diri selepas memutuskan Mohd Saiful, iaitu pengadu dalam kes itu berkata benar dan saksi yang boleh dipercayai.

Anwar, 63, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008 terhadap tuduhan melakukan hubungan bertentangan hukum alam di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun yang sama.-- BERNAMA

Friday, August 19, 2011

APA HIKMAHNYA KES LIWAT INI?

Oleh Ibrahim Yahaya

Penulis tidak pernah risau dengan kelambatan kes liwat DS Anwar Ibrahim, walaupun berjuta rakyat di negara ini terutama mereka yang mahu keadilan terpancar mahu kes ini segera diselesaikan. Ada yang sudah sampai peringkat meluat kerana menunggu kes ini terutama orang yang terbabit atau mereka yang bersimpati. Ada yang meminta Suhakam campurtangan agar kes ini tidak berlarutan.

Mengapa lewat dan sudah memakan masa tiga tahun? Pasti ramai yang tahu dengan pelbagai usaha diambil oleh pasukan peguambela yang diketahui oleh Karpal Singh dalam mencari isu terbaru bagi menangguhkan kes liwat ini dari semasa ke semasa. Tidak hairanlah dari satu hari ke satu hari pelbagai usaha dilakukan oleh Karpal Singh yang pernah meminta Anwar bertaubat kini berubah menjadi pembela nombor satunya. Entah apa yang berlaku, tuhan saja yang tahu. Entah mengapa Karpal Singh berubah hati, tuhan saja yang memahaminya. Mungkin beliau sayang pada Anwar. Kata-kata taubatnya dulu hanyalah kerana tidak tahan dengan sesuatu. Entahlah. Tuhan saja yang maha mengetahuinya.

Sebut mengenai tuhan, inilah yang menyebabkan penulis tidak pernah risau dengan kes ini. Penulis yakin tuhan akan memperlihatkan siapa yang sepatutnya dihukum dalam kes ini walaupun keputusannya mungkin tidak menyebelahi orang tertentu. Ini penting kerana tuhan saja maha mengetahui terutama apa yang berlaku seperti yang didakwa ataupun peristiwa lain yang mungkin menjijikkan kepada sesetengah pihak.

Mungkin ramai yang beranggapan menyerahkan kes ini kepada tuhan adalah alasan yang paling mudah. Mungkin untuk menyedapkan hati yang sudah kecewa. Bagi mereka, amat senang pulak menyerahkan kes liwat ini kepada tuhan. Bukankah ada undang-undang di negara ini yang boleh menentukan? Pasti ramai yang menyatakan apakah undang-undang saja tidak boleh menyelesaikan kes ini sehingga tertangguh tiga tahun? Ada yang kesian kepada Saiful dan keluarga atau sebaliknya.

Namun, tidak siapa yang dapat menafikan bahawa apabila kes ini dibawa ke mahkamah maka segala prosedur antara orang yang menuduh dan tertuduh akan dilaksanakan mengikut peraturan mahkamah. Oleh itu, jika ada permintaan daripada pihak pendakwa atau peguambela, sudah tentulah mahkamah akan meneliti dan membenarkannya. Dalam ertikata lain jika hujah yang diberikan munasabah, sudah pasti mahkamah akan meluluskan. Pastilah kita dapat melihat di satu pihak mahu dipercepatkan, manakala di satu pihak, jika boleh ia digugur atau diperlambatkan. Entahlah.

Oleh itu, penulis kini hanya menyerahkan kes ini kepada Tuhan yang pasti akan memberi petunjuk sempena Ramadan yang mulia ini. Janganlah gusar dan gundah gelana kerana satu hari tuhan akan memaparkan kebenaran terhadap kes ini. Sudah tentulah Saiful Bahari berdoa agar kes ini diselesaikan segera pada jam 8.25 pagi tadi, waktu istimewa doa kita dimakbulkan. Tentulah keluarga Saiful yang kini mendapat simpati daripada ramai pihak kerana kesnya ditangguh terlalu lama berdoa agar kes ini dapat diselesaikan segera. Sama-samalah kita menunggu petunjuk daripada Allah SWT. Amin.

Thursday, August 18, 2011

AJY GEMBIRA JADI PENASIHAT

Oleh Ibrahim Yahaya

Nama Datuk Syed Faisal Albar atau Ahmad Jauhari Yahya pernah disebut oleh Rocky akan menjadi Pengarah Urusah Malaysia Airports Holding Berhad (MHB) sebelum diperbetulkan oleh Khazanah Nasional, kelmarin.

Bagaimanapun, maklumat yang diterima oleh DuniaTiger malam tadi, menyatakan AJY lebih suka dengan kehidupannya sekarang yang menjadi penasihat kepada beberapa syarikat berkaitan dengan tenaga. Kehidupannya sekarang lebih tenang dan tenteram.

AJY pernah menerajui Malakoff sebelum mengambil keputusan untuk meninggalkan syarikat berkenaan kerana mempunyai pendirian sendiri berhubung dengan perjalanan operasi syarikat yang diambilalih oleh seorang usahawan terkemuka. AJY juga pernah memegang jawatan Pengurus Besar Kanan Kumpula Teknika/Pengeluaran di NSTP.

Dalam pada itu, Datuk Syed Faisal dikatakan lebih berminat untuk menjalankan perniagaan atau bekerja sendiri jika beliau tidak ada lagi di Pos Malaysia Berhad. Pengalamannya di NSTP dan Pos sudah tentu menyediakan medan atau platform untuk beliau berniaga dalam bidang berkaitan dengan kedua-dua industri itu.

Jawatan Pengarah Urusan MHB kini disandang oleh Tan Sri Bashir Ahmad. Kontraknya dikatakan berakhir pertengahan 2012.

Wednesday, August 17, 2011

THE MOLE TANGKIS FITNAH

Oleh Ibrahim Yahaya

Bagus juga mendengar Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan, memperakukan kepentingan media sosial dan akan memperkukuhkan jenteranya bagi memenangi peperangan minda pada masa akan datang. Ia masih belum terlambat. Perlu disegerakan.

Peperangan menawan hati pengundi pada masa akan datang lebih kepada peperangan minda. Oleh itu, mereka yang ingin berperang perlu memilih senjata terbaik untuk menang dalam peperangan itu dan bukannya tersalah pilih. Selain PRU ia juga penting untuk memastikan rakyat mendapat maklumat yang benar dan tepat.

Walaupun, penggunaan media sosial ini sudah bermula awal 1990an tetapi kesannya tidak begitu nampak sehinggalah pada PRU pada 2004 dan 2008 di mana pembangkang menggunakan sepenuhnya termasuk menyalin apa yang dipaparkan dalam media sosial untuk membolehkan masyarakat di luar bandar membacanya. Tukang bawa bahan cetakan itu ialah anak-anak yang bekerja di bandar selain cetakan khas yang disebarkan.

Peperangan minda yang dibuat oleh media sosial sekarang termasuk blog dan web portal ada antaranya tidak etika kerana membuat berita separuh benar atau memutarbelitkan sesuatu maklumat sehingga mengelirukan pembaca. Akhirnya rakyat terpengaruh. ini amat bahaya.

Oleh itu, usaha segera untuk memperbetulkannya perlu dilaksanakan oleh mereka yang terbabit. Namun, tindakan memperbetulkan keadaan ini lebih dilihat sebagai 'ahli bomba' yang sentiasa berusaha memadam api yang dibakar di sana sini. Tugas sebagai ahli bomba itu perlu berakhir apatah lagi ia membabitkan pembohongan.

Web portal yang propembangkang dan sering 'menyerang' kerajaaan seperti Malaysiakini dan Malaysian Insider kini dijadikan rujukan oleh sesetengah pihak walaupun segala butir yang dilaporkan masih belum tahu kesahihannya. Oleh itu, tidak hairanlah tindakan kedua-dua web portal ini memudahkan urusan serangan pembangkang terhadap kerajaan.

Apabila dibuktikan laporan itu bohong atau tidak benar, maka pembangkang pun menyatakan bukan mereka yang cakap tetapi disiarkan oleh Malaysiakini atau Malaysian Insider. Cuci tangan beb.

Yang mendapat bahananya ialah mereka yang diserang termasuklah pemimpin kerajaan dan agensi kerajaan dengan pelbagai isu yang dipaparkan seolah-olah betul tetapi sebenarnya penuh dengan pembohongan.

Persoalannya timbul mengapa badan seperti Suruhanjaya Komunikasi Multi Media (SKMM) tidak mengambil tindakan kerana ia membabitkan alam siber? Sudah tentu SKMM mempunyai jawapannya tersendiri dan ramai pihak yang sudah faham kekangannya.

Bagi kesalahan di alam siber bukan menjadi tanggungjawab SKMM saja kerana ia membabitkan pihak lain seperti Siber Security dan juga Kementerian Dalam Negeri. Jika tulisan di media sosial berbentuk seditious, maka pihak polis perlu menyiasat dan mengambil tindakan yang perlu. Begitu juga jika ia membabitkan orang perseorangan, maka individu itu boleh mengambil tindakan undang-undang segera.

Oleh itu, langkah UMNO untuk memperkemaskan jentera media sosialnya dengan memperhebatkan tulisan atau jawapan amat dialu-alukan bagi memastikan rakyat di bawah tidak keliru dengan sebarang pembohongan dan fitnah. Usaha ini perlu berterusan dan mendapat maklumat daripada pihak yang terbabit. Maklumat yang disampaikan harus mudah difahami oleh rakyat. Jangan berbelit-belit.

Web portal untuk menjelaskan perkara ini juga perlu diperbanyakkan untuk menyaingi Malaysiakini dan Malaysian Insider agar segala tuduhan atau dakwaan dapat dijawab dengan cepat.

Dengar khabar satu web portal yang diusahakan oleh wartawan-wartawan ternama akan beroperasi tidak lama lagi yang dikenali sebagai The MOLE. Ia untuk menyiarkan berita sah dan benar mengenai apa yang dilakukan oleh kerajaan selain menangkis fitnah dan tohmahan pembangkang. Web portal yang akan dirancang pelancaran peringkat awalan pada 16 September, sempena Hari Malaysia ini diterajui oleh Rocky Bru dan dibantu oleh Shamsul Akmar dan Firdaus Abdullah. Selamat berjaya. Kita menunggu.

Tuesday, August 16, 2011

PEMBANGKANG - CHECKMATE?

Oleh Ibrahim Yahaya

Penulis pernah mendengar kenyataan seorang pemimpin India bahawa, "Sejak negara merdeka, mana ada pemimpin macam ini yang banyak membantu orang India. Beliau ikhlas dan terlalu baik." Kenyataan itu ditujukan kepada Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak. Dua perkataan penting di sini ialah IKHLAS dan TERLALU BAIK.

Jika diperhatikan tindakan yang diambil oleh DS Najib sejak memegang tampuk kerajaan, tiada siapa yang dapat mempertikaikan bagaimana ikhlasnya untuk mendahulukan rakyat. Semua yang memerlukan diberi bantuan dan adakalanya menimbulkan rasa kurang senang di kalangan bangsa dan anggota partinya sendiri.

Bagi anak Pekan ini, sudah tentulah merasakan beliau adalah PM bagi semua kaum dan untuk itu sesiapa saja yang memerlukan perlu dibantu. Oleh itu, tidak ada pihak yang perlu marah jika kerajaan membantu orang Melayu jika didapati mereka yang paling ramai memerlukan bantuan. Begitu juga kepada kaum Cina dan India.

Istilah TERLALU BAIK pula lebih ditumpukan kepada sikapnya terhadap mereka yang pernah menfitnah beliau. Kenyataan ini dikeluarkan oleh seorang pemimpin Melayu yang dapat melihat bagaimana DS Najib sentiasa mengambil sikap toleransi jika ada pihak yang memfitnahnya dengan pelbagai perkara. Malah ada yang bersifat seditious.

Sikap DS Najib ini sudah tentulah menimbulkan pelbagai masalah terutama apabila fitnah itu dipercayai oleh orang ramai. Tanpa jawapan atau tindak balas, ramai yang percaya dengan sebarang tohmahan yang dilemparkan. Namun, bagi DS Najib, jika fitnah itu tidak mendatangkan kesan terlalu buruk, beliau mengambil sikap berdiam diri.

Umpamanya, ada pemimpin pembangkang sedikit masa lalu ada menyatakan DS Najib pernah menghunus keris seraya berkata mahu membenamkan keris itu kepada golongan tertentu dalam satu perhimpunan bangsa Melayu, tetapi Presiden UMNO itu hanya berdiam diri. Seorang pemimpin Melayu berkata kepada penulis bahawa beliau ada di perhimpunan yang dimaksudkan itu dan DS Najib tidak pernah mengutarakan ayat itu. Mengapa DS Najib berdiam diri? Jawapannya TERLALU BAIK dan merasakan fitnah itu tidak memberi kesan kepadanya.

Pengumuman PM malam tadi dalam satu Majlis Berbuka Bersama Media yang dianjurkan oleh Bernama, memperlihatkan sikap ikhlas untuk memastikan pilihan raya di negara ini berjalan dengan baik tanpa sebarang prasangka. Ini kerana walaupun pelbagai jawapan yang diberikan oleh kerajaan dan SPR, pihak pembangkang masih lagi membuat pelbagai dakwaan dan tuduhan yang dilihat sebagai langkah preemptif jika mereka mengalami kekalahan nanti. Mudah untuk menyatakan sistem pemilihan tidak betul.

Untuk itu, DS Najib mengumumkan pembentukan Jawatankuasa Pemilihan Parlimen dalam masa yang terdekat bagi menambah baik sistem pilihan raya negara agar tidak timbul syak wasangka pada masa hadapan. Menurutnya, jawatankuasa itu yang dianggotai wakil rakyat BN dan pembangkang adalah bukti kerajaan komited dengan sistem pilihan raya yang bersih.

Jawatankuasa itu akan berbincang serta mencari kata sepakat mengenai bentuk penambahbaikan yang perlu dilaksanakan SPR sebelum dilaksanakan pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Inilah keikhlasan DS Najib untuk menangkis pelbagai tohmahan bahawa kerajaan tidak inginkan proses yang bersih dalam memilih kerajaan. Kerajaan cukup komited untuk meneruskan sistem demokrasi berparlimen. Pembangkang...tiada helah lagi...Checkmate?

Monday, August 15, 2011

NASRUDIN GANTI HADI AWANG?

Oleh Ibrahim Yahaya

Jika diambilkira daripada keberanian memperjuangkan Islam, maka Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat (DPPP), Nasrudin Hassan, lebih layak mengepalai PAS daripada DS Hadi Awang mahupun DS Nik Aziz Nik Mat. Tidak payahlah dibandingkan dengan Mat Sabu yang baru-baru ini dilondehkan seluarnya kerana mendakwa polis melanggarnya sedang video yang dipamerkan oleh PDRM menunjukkan beliau jatuh motosikal. Inilah pemimpin PAS yang ada.

Nasrudin yang begitu lantang mempertahankan tindakan JAIS memeriksa apa yang agak pelik berlaku di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) seharusnya segera dinobat untuk mengambil alih jawatan tertinggi itu. Ini penting untuk mengembalikan imej parti itu yang sudah tercemar berikutan pengumuman DS Hadi bahawa matlamat PAS ini bukan memperjuangkan negara Islam tetapi negara kebajikan.

Bagi Nasrudin, akidah adalah soal masa depan ummah yang akan dihisab di akhirat kelak dan perlu ditangani oleh seluruh umat Islam, khususnya pemimpin.

Beliau mengulangi pendirian DPPP menyokong penuh tindakan JAIS memeriksa gereja yang didakwa mula memurtadkan 12 individu Islam walaupun dikecam pihak tertentu dalam parti itu. Beliau tidak gentar dan sanggup berlainan pendapat dengan pemimpin tertinggi PAS yang dilihat mahu mengambil 'hati' kawan terutama DAP.

Nasrudin kekal dengan pendirian tidak mahu menggadaikan maruah Islam hanya kerana kepentingan politik, dengan terus berikrar menjadi benteng mempertahankan akidah Islam.

Mungkin, Nasrudin mahu memikirkan untuk menyertai parti lain kerana PAS kini gagal menjalankan tugasnya untuk menjaga kepentingan Islam sepertimana yang selalu diwar-warkan oleh pemimpin itu terutama DS Hadi dan DS Nik Aziz.

Saturday, August 13, 2011

ZAHRAIN BONGKAR LIWAT

Oleh DS Zahrain Mohd Hashim (MP Bayan Baru)

Perkembangan terkini kes LIWAT Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah agak pelik.

Anwar Ibrahim menghadapi pertuduhan meliwat / melakukan seks luar tabii dengan Saiful Bukhari Azlan – bekas pembantu peribadi serta pembancuh kopi beliau.

Perlakuan jenayah Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) ini dilaporkan mangsa (Saiful) kepada pihak Polis dan siasatan telah dilakukan berhubung laporan tersebut.

Kertas siasatan Polis dimajukan kepada pihak Peguam Negara yang mendapati terdapat bukti-bukti kukuh untuk mendakwa Anwar Ibrahim diatas kesalahan MELIWAT pembantu peribadi beliau.

Antara bukti penting yang dikemukakan ialah specimen DNA yang diperolehi dari dubur Saiful. Specimen itu didakwa mempunyai persamaan nyata dengan DNA Anwar Ibrahim.

Pihak pendakwa telah memohon agar tertuduh (Anwar Ibrahim) menyerahkan spesimen DNA atau membenarkan spesimen DNA beliau diperolehi untuk membuat perbandingan pakar – untuk kali kedua.

Namun setakat ini Anwar Ibrahim – yang dituduh meliwat Saiful – enggan membenarkan DNA beliau diperolehi dan dibandingkan dengan sample DNA yang diperolehi pakar dari dubur Saiful.

Perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim ini mungkin akan tercatat dalam sejarah Negara malah sejarah dunia sebagai satu-satunya perbicaraan yang ditangguhkan sebegitu kerap.

Perbicaraan ini adalah berhubung dakwaan Saiful bahawa beliau telah diliwat oleh majikan beliau (Anwar Ibrahim) di tarikh, masa dan tempat yang dinyatakan dalam kertas pertuduhan.

Perbicaraan ini bukan mengenai siapa yang mengenali Saiful atau Anwar Ibrahim atau kedua-duanya sekali.

Ternampak seolah-olah peguambela lebih tertumpu kepada usaha melengahkan perbicaraan.

Terkini, orang yang dituduh meliwat pekerjanya ingin Perdana Menteri dan isteri tampil sebagai saksi dalam perbicaraan-nya.

Perkembangan ini amat melucukan kerana jika tertuduh benar-benar ingin membuktikan yang beliau tidak meliwat Saiful maka, secara logik-nya, beliau harus menyerahkan sample DNA untuk perbandingan.

Saya pasti tindakan peguambela dan peguamtunda ingin memanggil Perdana Menteri dan isteri sebagai saksi dimahkamah bukan untuk mencari kebenaran atau menegakkan keadilan.

Jika ingnkan kebenaran, Anwar Ibrahim akan menyerahkan DNA beliau dengan rela.

Tindakan mendesak Perdana Menteri dan isteri tampil sebagai saksi adalah strategi jahat pihak tertentu untuk mencalar imej Negara dan pimpinan tertinggi Negara.

Jika semua yang mengenali Saiful harus menjadi saksi, maka saya juga boleh tampil dimahkamah kerana saya mengenali Saiful ketika beliau bertugas secara intim dengan Anwar Ibrahim.

Ramai lagi dikalangan bekas ahli tertinggi PKR harus dipanggil menjadi saksi kerana kami mengenali Saiful dan menjadi saksi “tugasan” Saiful dengan Anwar Ibrahim, baik didalam mahupun diluar Negara.

Saya harap peguambela akan memberi nasihat yang bernas kepada anak guam dan bukan-nya bertindak sebagai peguamtunda atau pakar belit.

Rakyat sudah muak dengan penagguhan demi penangguhan kes liwat Anwar Ibrahim tanpa adanya apa-apa kesudahan.

Anwar Ibrahim beranggapan beliau adalah ANUGERAH TUHAN namun saya menyeru agar mahkamah bertindak adil dan tidak memberi layanan istimewa kepada Ketua Pembangkang “anugerah Tuhan” ini.

Bukankah setiap individu adalah sama di mata undang-undang ?

Friday, August 12, 2011

SIAPA WANITA INI?



Siapa wanita ini? Jika hendak tahu baca blog HOUSE PK yang menerangkan kaitan wanita ini dengan isu JAIS-Gereja.

Baca juga kronologi apa yang berlaku.

Thursday, August 11, 2011

POLIS MALAYSIA VS LONDON

Betul ke polis Malaysia ganas? Ada orang Malaysia kata polis UK lagi mesra dengan pendemonstrasi berbanding dengan polis Malaysia. Antara yang kata mengikut BLOG ini ialah Dr Asri. Tak tahulah betul atau tidak.

Jika anda tonton video dalam Outsyed , bolehlah buat keputusan. BBC juga pasti tidak akan menyiarkan lagi visual di bawah ini mengenai apa yang dikatakan orang yang ditemuramah.

KHALID GARU DAHI TAK GATAL


Gambar AgendaDaily ini menggambarkan 1001 cerita mengenai TS Khalid Ibrahim ini. Ini memaksa beliau menggaru dahinya yang tidak gatal atau mengalihkan anak peluh. Diluah mati emak, ditelan mati bapa...begitulah kedudukannya sebagai ahli politik yang mahu menjaga hati kawan-kawan. Apatah lagi renungan Ronnie Liu itu pasti mendebarkan Khalid berhubung sama ada mahu bercakap benar atau tidak mengenai isu serbuan JAIS ke gereja yang menurut Datuk Dr Hassan Ali, ada bukti untuk memesongkan akidah orang Islam. Namun, jika Khalid mengaku sebagai seorang Islam yang memperjuangkan Islam, beliau perlu memikirkan nasib rakyat Islam di Selangor berbanding untuk memikirkan percaturan politik terutama menjelang PRU 13.

Wednesday, August 10, 2011

ORANG INDIA BUKAN BODOH 2

Oleh Ibrahim Yahaya

Jumlah kakitangan kerajaan sekarang ialah lebih 1.4 juta orang. Ini yang terbaru seperti yang disebutkan oleh seorang Timbalan Menteri semalam. Jumlah ini ramai dan mereka memberi sumbangan yang baik selaras dengan perkembangan semasa - rakyat didahulukan. Yang malas akan dipantau dan diperhatikan. Menerusi Biro Pengaduan Awam (BPA)dan ruang-ruang terbuka sekarang termasuk boleh menghantar e-mail terus kepada KSN, semua orang boleh menyuarakan masalah mengenai kakitangan awam.

Tidak hairanlah kerajaan baru-baru ini memberi bonus separuh bulan kepada mereka mengenangkan jasa perkhidmatan yang diberikan. Malah CUEPACS minta setengah bulan lagi selepas raya. Itu kena serahkan kepada PM dan Kabinet untuk menentukannya.

Sebagai kakitangan kerajaan mereka perlu menyimpan rahsia dan menyokong kerajaan sepanjang masa. Jika ada masalah, sudah tentulah mereka mempunyai forum tertentu atau organisasi seperti Cuepacs atau kesatuan sekerja lain. Malah di peringkat jabatan, mereka mempunyai forum untuk berbincang di antara petugas dan pengurusan. Ini mampu memperbaiki perkhidmatan dan segala macam masalah. Yang penting semua ikhlas dalam memperbaiki perjalanan kerja dan kemudahan yang diperlukan. Ketika di RTM, banyak perkara yang dapat diselesaikan menerusi pertemuan pengurusan dan kakitangan.

Setelah mereka bersara, sudah tentulah mereka bebas untuk bersuara dalam lingkungan undang-undang tanpa menjatuhkan air muka seseorang atau pihak tertentu. Pesara kerajaan juga bertanggungjawab untuk menjaga rahsia dan sentiasa bertanggungjawab apa yang mereka lakukan selama ini sebagai kakitangan kerajaan. Dalam ertikata lain, jika mereka tidak bersetuju perkara ini boleh dibincangkan bersama ketua pentadbiran atau jabatan. Jika itu pun tidak sesuai dengan mereka, boleh membuat pilihan untuk berhenti kerja atau berhijrah ke swasta. Ini satu tindakan yang bijak dan berani.

Walaupun kakitangan kerajaan majoritinya terdiri daripada bangsa Melayu, namun dua kaum utama lain juga ada menyertainya dan mereka juga diberikan kesempatan memegang jawatan tinggi. Ada yang menjadi ketua setiausaha dan memegang jawatan tinggi dalam pasukan berpakaian seragam seperti polis. Sebagai kakitangan kerajaan tidak kira kaum dan bangsa, mereka perlu menyokong segala tindakan kerajaan atau pun sebagai pembuat dasar, buatlah dasar yang terbaik untuk rakyat. Yang penting mereka perlu memahami apakah dasar yang dilaksanakan itu benar-benar membantu golongan yang memerlukan.

Sebagai pembuat dasar, mereka perlu memahami apa yang ingin dilakukan oleh kerajaan iaitu mengutamakan rakyat terutama Bumiputera seperti dalam Perlembagaan. Antaranya ialah membantu golongan usahawan Bumiputera yang berusaha gigih untuk mengejar rakan mereka. Sebagai contoh Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang menitikberatkan usaha membantu golongan Bumiputera agar berjaya dalam bidang perniagaan. Bagaimanapun, dasar itu tidak pernah menidakkan kepentingan orang lain malah banyak kali kerajaan menggalakkan diadakan usahasama antara pelbagai kaum. Malah dasar ini juga dilihat secara tidak langsung menguntungkan usahawan bukan Bumiputera juga. Dasar ini juga tidak menyekat kedatangan pelaburan asing berikutan usaha kerajaan membuat beberapa kelonggaran berhubung FDI ini.

Namun jika bekas pegawai kanan kerajaan mula mengkritik mengenai DEB, sesuatu yang tidak kena kepada kerajaan atau diri beliau sendiri. Dalam ertikata lain jika DEB dilaksanakan tanpa tujuan apa-apa atau pun secara suka-suka untuk membantu orang Melayu, maka ia boleh dianggap sebagai satu kesalahan. Tetapi jika ia bermatlamat untuk membantu orang Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan, sudah tentu semua pihak perlu memahaminya dan tidak membuat tuduhan bahawa kerajana berat sebelah. Malah lebih malang jika mereka yang pernah terbabit dalam membantu kerajaan membuat dasar berputar 360 darjah menyalahkan dasar itu. Yang terbaru ialah bekas pegawai kerajaan yang bernama Navaratnam yang menyalahkan DEB menyebabkan kurangnya pelaburan asing.

Penulis malas hendak mengulas orang macam ini dan eloklah baca ROCKY untuk mengetahuinya. Orang ini mungkin mengeluarkan kenyataan untuk mempengaruhi kaum yang sama dengannya. Tetapi penulis yakin, orang India kini tidak bodoh dan boleh berfikir dengan baik usaha yang dibuat oleh kerajaan dan tidak terpengaruh dengan kenyataan Navaratnam itu.

Tuesday, August 9, 2011

HASSAN ALI DAN PAS

Oleh Ibrahim Yahaya

Jika Datuk Dr Hassan Ali dipecat dari PAS kerana mempertahankan tindakan JAIS baru-baru ini, parti yang sudah menukarkan matlamat perjuangan daripada mahu mendirikan negara Islam kepada negara kebajikan, akan musnah dan berkubur.

Jika dulu ramai ahli PAS boleh menerima pertukaran matlamat perjuangan parti itu kepada negara kebajikan kerana memahami bahawa untuk memerintah, mereka perlu bekerjasama dengan PKR dan dap, tetapi kini mereka pasti tidak akan mahu menerima penjelasan pemimpin PAS yang dilihat berdolak-dalik demi untuk menang pilihan raya.

Jika Dr Hassan dipecat, maka ini memperlihatkan PAS rela menggembirakan hati kawan-kawan dalam parti politik daripada memikirkan seorang pemimpinnya yang sanggup berjuang bermati-matian demi Islam. Pemecatan Dr Hassan mungkin dilihat sebagai jalan tengah untuk menyelesaikan isu serbuan terhadap gereja tetapi mereka lupa isu yang sebenarnya ialah tindakan untuk memurtadkan umat Islam.

Dr Hassan sejak awal lagi mempertahankan tindakan Jais dengan menyatakan mereka mempunyai bukti bahawa ada usaha untuk menarik umat Islam untuk bertukar menganut Kristian. Malah soal selidik yang dibuang dalam tong sampah oleh pengurusan gereja memaparkan bagaimana mereka mengemukakan soalan-soalan untuk memesong akidah orang Islam. Jika tiada sebarang yang rahsia mengapa perlu dibuang dalam tong sampah? Pasti mereka akan mereka-reka jawapan mengapa borang itu dibuang.

Sudah tentulah pengikut PAS yang selama ini menyangka bahawa parti itu benar-benar memperjuangkan Islam akan kecewa dan berpatah arang kerana pemimpin mereka lebih mementingkan untuk menang pilihan raya daripada menegakkan perjuangan Islam. Adakah mereka rela umat Islam masuk agama lain setakat ini kerana jumlahnya kecil dan berbaik-baik dengan kawan-kawan dalam dap dan pkr demi untuk memenuhi cita-cita menjadi Menteri Kabinet selepas PRU 13 akan datang? Atau ada yang sudah pasang badan untuk menjadi Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri? Nauzubillah.

Lebih mengecewakan lagi apabila pemimpin PAS banyak mendengar arahan pemimpin dap seperti Teresa Kok dan Ronnie Liu di Selangor yang terang-terang membuat pelbagai perkara yang menjelekkan dan menyakitkan hati umat Islam seperti pengumuman ladang babi moden terbesar di Selangor. Selain itu, isu penjualan arak di kedai runcit yang diperjuangkan oleh Dr Hassan juga dilihat sebagai kompromi entah apa-apa antara pemimpin PAS dan dap. Yang memilukan ialah apa yang berlaku di Kedah di mana kerajaan negeri menarik balik larangan supaya tiada kegiatan hiburan di negeri itu, semata-mata mendengar bantahan rakan dap yang teramatlah marah.

Pengikut PAS ini sudah pasti mendesak Dr Hassan menubuhkan satu parti baru yang memperjuangkan Islam dan mereka beramai-ramai berhijrah ke parti yang mahu mengikut matlamat asal perjuangan PAS. JIka tidak, mereka mungkin ada pilihan lain untuk menyertai UMNO, parti yang umum tahu sudah memperjuangkan Islam sejak dulu lagi.

Baca bantahan PEMBELA mengenai isu gereja.

Monday, August 8, 2011

ORANG SENANG ORANG SUSAH

Oleh Ibrahim Yahaya

Semalam, ada dua perkara yang berlaku menagih bangsa Melayu bangun dari tidur atau lamunan untuk membantu golongan susah, benar-benar susah. Ini ada kaitan dengan kehadiran orang Melayu di gereja di Petaling Jaya baru-baru ini yang ada kaitan dengan kemiskinan dan keperluan hidup. Pertama melihat program Singgah Sahur TV3 dengan kumpulan gelandangan yang ramainya orang Melayu. Ada antaranya bekas tentera yang tidak selesa tinggal bersama anak-anaknya di Kuala Lumpur. Kedua ialah perbualan penulis dengan seorang sahabat lama ketika berbuka mengenai setakat mana kita sudah membantu golongan susah terutama agensi kerajaan yang bertanggungjawab dan orang perseorangan yang kaya raya.

Jika diperhatikan banyak bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat yang susah. Saban waktu, saban hari ada saja bantuan dari Perlis hingga ke Sabah. Lebih-lebih lagi tugas ini terserlah oleh kementerian yang bertanggungjawab. Penulis amat kagum dengan kegigihan Datuk Seri Shahrizat Jalil yang banyak membantu golongan susah ini termasuk turun padang menemui mereka. Dalam satu majlis yang disiarkan oleh media elektronik, kumpulan gelandangan ini menganggap DS Shahrizat sebagai dewi kebajikan mereka yang turun dari langit untuk menghulurkan bantuan. Mereka bersalaman, tersenyum dan sentiasa mengangguk-anggukkan kepala tanda terima kasih.

Golongan yang susah juga perlu diingatkan bahawa dewi yang dikatakan pernah disebut sebagai pelacur UMNO oleh beberapa wanita pengikut PAS ketika DS Shahrizat menziarah Allahyarham Dr Lolo, adalah dewi yang mewakili kerajaan ditugaskan untuk membantu mereka. Dewi ini sepatutnya menang di PRU13 jika diberikan tiket untuk bertanding. Orang kerja kuat, semua pihak kena sokong. Beliau banyak membantu dalam PRK yang lalu cuma adakalanya permintaanya dilihat sebagai sedikit keterlaluan terutama calon wanita. Yang itu, kena perlahan sikit.

Selain kerajaan, penulis melihat ramai juga orang perseorangan yang membantu saban hari termasuklah orang yang tergolong dalam 10 terkaya di negara ini iaitu TS Syed Mokhtar Al-Bukhary. Usahawan seperti ini sudah banyak membantu NGO atau orang perseorangan yang memerlukan. Daripada membina muzium Islam sehinggalah menyumbang kepada kajian warisan. Oleh itu, mereka ini bolehlah dikategorikan kepada kumpulan yang sentiasa bersyukur dan sanggup memberi balik apa yang mereka perolehi daripada keuntungan dengan projek-projek kerajaan.

Begitu juga agensi kerajaan seperti baitulmaal atau pusat zakat yang telah banyak membantu golongan orang susah setiap masa. Mereka membantu orang susah meneruskan kehidupan terutama yang tiada pendapatan atau perlu dibantu kerana kecacatan atau menghadapi malapetaka seperti kebakaran atau kecelakaan.

Bagaimanapun, usaha yang dilakukan oleh kerajaan, usahawan budiman dan agensi kerajaan masih lagi tidak cukup. Ini memerlukan sokongan daripada semua pihak termasuk golongan usahawan yang sudah banyak mendapat faedah daripada projek-projek kerajaan. Apa yang berlaku sekarang ini bukanlah satu yang boleh dipandang ringan dan ditutup mata begitu saja. Sebagai contoh, sahabat penulis yang pernah mengendalikan kawasan Parlimen sering didatangi oleh ibu tunggal yang memerlukan segala macam bantuan. Apabila beliau menyarankan supaya ibu tunggal ini menubuhkan persatuan dalam sekelip mata ahlinya menjadi 250 orang. Tolaklah lima peratus yang laporannya tidak betul, yang 95 peratus lain amat memerlukan terutama mereka yang ditinggalkan suami atau bercerai. Ada banyak kes di mana wanita ditinggalkan oleh suami asing yang pulang ke negara masing-masing. Inilah golongan yang amat perlu dibantu terutama mereka yang ramai anak yang memerlukan wang ketika sekolah dibuka atau hari keramaian.

Usahawan yang mempunyai wang perlu melaksanakan segera usaha membantu golongan susah ini daripada menghabiskan duit dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Umpamanya bermain 'golof' di padang golf di Indonesia. Mereka perlu menghayati penderitaan perit yang dilalui oleh golongan ini. Tolonglah rasa penderitaan tingal di rumah yang usang dan sentiasa dimasukki air hujan. Satu lagi kumpulan ialah mualaf yang dilihat sentiasa dirundung malang akibat ditolak oleh keluarga atau ibu bapa. Mereka ini amat memerlukan bantuan atau bimbingan supaya dapat membina jatidiri untuk terus menganut agama Islam.

Agensi kerajaan yang ditugaskan membantu golongan ini perlu segera melaksanakan tugas agar mereka dapat bantuan tanpa perlu melalui protokol atau peraturan yang menyusahkan. Ingatlah, orang lain sudah 100 langkah ke hadapan membantu kaum mereka atau yang seagama dengan mereka. Janganlah kita ketinggalan sehinggakan ada pihak mengambil kesempatan daripada kelemahan kita dengan menarik golongan susah ini menyertai agama mereka menerusi bantuan kewangan.

Friday, August 5, 2011

HASSAN DAN ISLAM

Serbuan JAIS ke atas majlis makan malam yang turut membabitkan 12 orang beragama Islam di Gereja Methodist Damansara Utama, Petaling Jaya malam kelmarin, mencetuskan kontroversi dan percanggahan pendapat antara MB dan Dr Dr Hassan Ali.

SHAH ALAM 4 Ogos – Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengarahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengemukakan laporan penuh kepada kerajaan negeri berhubung serbuan pihak berkuasa agama itu terhadap majlis makan malam di Gereja Methodist Damansara Utama, Petaling Jaya malam tadi.

Sambil menyatakan kekesalan terhadap insiden itu, beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini menyatakan, kerajaan negeri memandang serius perkara tersebut.

Abdul Khalid berkata, beliau telah menghubungi paderi kanan gereja berkenaan, Pastor Daniel Ho bagi menyatakan pendirian kerajaan negeri mengenai insiden serbuan itu.

‘‘Saya telah memberitahu beliau (Daniel) bahawa kerajaan negeri telah mengarahkan JAIS menyediakan laporan langkap mengenai insiden serbuan ini, sebab-sebab tindakan itu dilakukan pada malam berkenaan.

‘‘Saya berharap dapat berjumpa dengan Pastor Daniel Ho sebaik sahaja laporan lengkap ini diterima,” katanya.

Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri menghormati kebebasan beragama dan hak semua pihak untuk meraikan kebudayaan dan kepercayaan mereka.

Malah, beliau turut mengulangi pendirian bahawa kerajaan negeri sentiasa terbuka kepada perbincangan dan dialog mengenai keharmonian dan toleransi di kalangan rakyat pelbagai agama selain menghargai usaha meningkatkan kefahaman di antara satu sama lain.

BAHAGIAN Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan sepasukan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat pemeriksaan ke atas sebuah gereja di Damansara Utama berdasarkan hasil maklumat yang diterima.

Maklumat tersebut menyatakan terdapatnya kehadiran orang Islam di dalam majlis berbuka puasa yang diadakan di gereja tersebut.

Anggota Penguatkuasaan JAIS bersama anggota polis telah menjalankan pemeriksaan di premis terbabit walaupun dihalang oleh pihak penganjur. Penganjur utama yang dipercayai beragama Islam telah berunding selama hampir satu jam bersama ketua operasi agar pemeriksaan ke atas tempat dan individu tidak dilakukan sehingga majlis tersebut selesai.

Di dalam majlis tersebut juga, kelihatan seseorang sedang mengadakan pengucapan awam, di mana ucapannya ada diselitkan dengan perkataan Quran dan ‘pray’.

Setelah majlis hampir tamat, pasukan penguat kuasa dan anggota polis telah membuat pemeriksaan meskipun terdapat cubaan menghalang pemeriksaan dan melupuskan bahan bukti.

Pegawai penguat kuasa JAIS dan polis mendapati ada percubaan di kalangan peserta untuk melarikan diri melalui pintu belakang premis tetapi berjaya dihalang oleh penguat kuasa JAIS.

Terdapat seramai 12 orang yang beragama Islam telah menghadiri majlis tersebut. Tiada serbuan dan tiada tangkapan dibuat. Sebaliknya pemeriksaan dilakukan hanya selepas rundingan dengan pihak penganjur diadakan.

Mereka telah diarah untuk menghadirkan diri di Bahagian Penguatkuasaan JAIS untuk siasatan lanjut.

Berpandukan kepada siasatan awal mereka yang terlibat boleh didakwa di bawah Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995. Selain daripada itu terdapat bukti-bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam.

Siasatan lanjut bagi kedua-dua kesalahan ini akan diteruskan.

(Renungan Rimau : Berhentilah kegiatan penyebaran agama bukan Islam kepada penganut Islam. Hormati rakyat Islam di negara ini.)

Thursday, August 4, 2011

PEMIMPIN TAMAT TEMPOH?

Oleh Zaini Hassan

DALAM beberapa minggu ini timbul cerita mengenai Tengku Razaleigh Hamzah a.k.a Ku Li.

Beliau selama ingatan kita sejak beberapa tahun ini, tidak begitu dipedulikan, baik musuh atau kawan. Tiba-tiba beliau muncul semula.

Pihak-pihak tertentu mengangkat putera raja Kelantan itu sebagai presiden sebuah NGO baru bernama Angkatan Amanah Merdeka (Amanah), menggunakan perkataan 'angkatan' seiras Angkatan Perpaduan Ummah (APU) - gabungan antara Pas dan Semangat 46 dulu.

Apa tujuan mereka mempergunakan Ku Li? Apa motif pertubuhan baru ini? Apakah ia mahu menyaingi dengan Perkasa; atau ia adalah satu lagi Perkasa tapi dalam komposisi berbilang kaum?

Apakah akhirnya Perkasa dan Amanah akan bergabung dan membentuk sebuah parti politik?

Apakah Ibrahim Ali mahu bergabung dengan Ku Li? Tidak mustahil kerana Ibrahim pun dikenali sebagai orang kuat dan pengikut setia Ku Li.

Struktur Amanah juga sedang bergerak ke akar umbi dengan dikembangkan ke peringkat negeri atau kawasan, seolah-olah rangka sebuah parti politik.

Jika dulu teori saya mengatakan orang Melayu pecah enam - Melayu UMNO, Melayu Pas, Melayu PKR, Melayu DAP, Melayu Atas Pagar dan Melayu Liberal - kini ia sudah menjadi tujuh iaitu Melayu NGO seperti ini.

Melayu NGO ini mungkin ada di kalangan enam itu, tapi kini mereka mahu berdiri sendiri. Nampaknya orang Melayu memecahkan kuasa mereka kepada lagi kecil. Maka yang majoriti di Malaysia akan menjadi minoriti dan yang minoriti menjadi majoriti, untuk menentukan hala tuju kuasa politik negara ini.

Atau mungkin juga kuasa penentu politik tanah air sudah tidak lagi relevan diterajui oleh orang Melayu? Jika itu benar, dan boleh diterima oleh semua pihak, maka biarkanlah ia berlaku.

Tiba-tiba ketika Amanah, yang dilancarkan pada 22 Julai itu tenggelam sedikit, timbul pula cerita ada cubaan memujuk Ku Li memegang jawatan Ketua Pembangkang, menggantikan Anwar Ibrahim yang sedang menghadapi kes liwat di peringkat akhirnya.

Wah, nama Ku Li kini benar-benar disebut semula. Dalam usianya di pertengahan 70-an, peranannya masih diiktiraf.

Benarkah dengan semua khabar angin ini atau ia hanya satu perang psikologi pihak-pihak tertentu? Persoalannya, siapa yang merangka percaturan ini? Perlu disebut, pokok tak akan bergoyang jika tidak ditiup angin.

Tidak mustahil juga ia boleh berlaku. Ku Li ini dikenali sebagai pakar mereka percaturan besar, atau grand design. Bermula dengan keazamannya mencabar Tun Mahathir untuk kerusi presiden UMNO pada 1987 serta pengharaman UMNO kemudian menubuhkan UMNO Baru, Semangat 46 dan APU.

Ternyata Ku Li ialah political animal yang tidak boleh ditolak tepi begitu sahaja. Semangat juangnya masih kuat sehingga kini.

Namun, siapa di kelilingnya? Beliau sudah tentu mempunyai teamnya untuk menggerakkan grand design ini.

Seorang sahabat yang juga seorang penganalisis politik berkata "semua di kelilingnya sekarang ada penyakit." Tapi walaupun mereka adalah orang bermasalah dalam kerjaya politik masing-masing, kemunculan mereka tidak boleh di pandang ringan.

Bekas Menteri Penerangan, Abdul Kadir Sheikh Fadzir adalah penggerak utama team Ku Li sekarang. Bekas menteri Kabinet dalam BN selama lebih dua dekad itu kini sudah tidak aktif dalam UMNOkah? Difahamkan beliau ialah the prime mover dalam Amanah, kata satu sumber.

Apa perjuangan yang mahu ditunjukkan oleh Kadir? Sepatutnya sebagai bekas menteri, bantulah kerajaan yang ada hari ini, bukan sebaliknya.

Tapi, mengenali latar belakang Kadir, beliau amat setia kepada Ku Li dan pernah bersama-sama Ku Li dalam Semangat 46 dulu, sebelum dibawa masuk ke dalam politik arus perdana oleh Dr. Mahathir.

Tamrin Ghafar - anak Tun Ghafar Baba juga kini bersama-sama Ku Li. Tamrin juga ialah seorang yang gagal dalam politik. Pernah masuk Pas dan pernah juga menjadi ahli Al-Arqam. Begitu juga Mazlan Harun, anak Tan Sri Harun Idris juga bersama-sama Ku Li dalam Semangat 46.

Bekas Presiden MCA yang disingkirkan oleh parti itu, Ong Tee Kiat dan bekas Timbalan Presiden MIC yang juga seteru ketat Samy Vellu, S. Subramaniam (Datuk Subra) dan Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Zaid Ibrahim juga bersama-sama Ku Li sekarang. Mereka memegang jawatan penting dalam Amanah.

Selain mereka ialah Wilfred Bumburing, Bujang Ulis dan Daniel Tajem, mewakili kaum Pribumi Borneo.

Sebagai anak raja sehinggalah menjadi orang terpenting kepimpinan negara satu ketika dulu, kita tidak boleh salahkan Ku Li. Ku Li tentunya naik 'syok' apabila ada orang yang mahu mengangkatnya semula.

Tapi yang menjadi kekhuatirannya apa pula agenda, motif dan objektif orang-orang kelilingnya itu.

Semua orang keliling itu ialah orang yang sudah tamat tarikh luput atau hampir luput.

Namun, apa sekali pun Ku Li tetap Ku Li. Beliau mempunyai karekter politik yang hebat. Pernah tidur sebantal dengan Nik Aziz dalam APU sehinggalah membakar jambatan dengan Tok Guru itu.

Jika beliau berani menentang Dr. Mahathir, siapalah Nik Aziz.

Apa sekali pun, kita harus mengiktiraf juga sumbangan Ku Li dalam pembangunan negara. Pernah menjadi Menteri Kewangan negara yang hebat. Menubuhkan Amanah Saham Nasional, bangunan UMNO dibina di atas tanah miliknya, Naib Presiden UMNO yang paling kuat serta anak emas kepada Tun Razak.

Pada pendapat kita, beliau mungkin tidak akan jadi begitu sekiranya dia diberi sedikit peranan penting dalam negara.

Difahamkan majlis berbuka puasa Ku Li ialah pada 7 Ogos ini. Kita lihat siapa yang akan berdamping dengannya?

(Renungan Rimau : Adakah kerajaan perlu melantik KULI sebagai Duta bertaraf Menteri seperti yang diberikan kepada DS S Samy Vellu untuk 'menyejukkan hati' KULI? Sekadar bertanya? Boleh kan?)

Wednesday, August 3, 2011

FANSOFNAJIB JAWAB MALAUN

Dear Ambassador Malott

Your open letter to Malaysian Prime Minister Najib essentially argued that the demonstration by the Bersih 2.0 coalition indicated that Malaysia does not hold free and fair elections. You suggested several reforms, including the use of indelible ink as proof of voting, witnessing of postal balloting and international observations. A related point involved media issues, saying that RTM is little more than a government mouthpiece.

However, contrary to your premise, the last elections were free and fair. Not only was the voting observed by such independent groups as MAFREL, but also the casting, opening and counting of ballot boxes were observed by both government and opposition parties. But the ultimate proof can be seen in the historical gains made by opposition parties.They not only won parliamentary seats that had long belonged to the ruling party, substantially slicing the government’s majority, but also gained power in such major states as Penang, Selangor, Kedah, Perak  and Kelantan If elections were rigged in any shape, form or fashion, do you really think this would have been the outcome?

Were there irregularities during the election? There could be minor ones that do not affect validity of the previous election results. If there were major irregularities, our court of law would have dealt with them . So far there were none. You doubt is understandable as irregularities do happen in your democracy.  All you have to do is look at the “phantom” voters in Chicago that put John Kennedy in the White House in 1960 and the questionable “butterfly ballots” in Florida that helped put George W. Bush in the White House in 2000. The Election Commission has promised to vigorously prosecute anyone violating election laws, and Malaysia will continue to work toward eliminating any electoral irregularities.

Yes, the use of indelible ink can provide insurance against voting fraud, but it does have a downside. All you have to do is ask the Iraqi voters who were targeted for retribution after their fingers were marked with blue ink after voting. Actually, biometric identification is the wave of the future, especially as Malaysia seeks to move up the value chain. Biometric identification not only helps eliminate fraud, but provides valuable data concerning democratic participation. Already, every visitor to Malaysia is registered via a biometric database, and it seems reasonable to extend this capability to the entire population.

Does RTM reflect government viewpoints? I’m sure that many in government would disagree with that. At any rate, the issue is almost irrelevant. A decade ago, a monolithic media outlet could have impacted public opinion and even elections. But this is the age of the Internet, where a wide range of diverse opinions are available at the click of a mouse. If someone doesn’t like RTM’s reporting, they are free to search out different views on malaysiakini.com or numerous other sites and blogs, or read opposition papers. Additionally, is the situation with RTM any different than the situation with Fox News in United States, which is owned by Rudolph Murdoch’s News Corporation which has been associated with hacking the voice mails of teen murder victims and bribing police officials? Fox News routinely parroted the talking points of the Bush White House and continues to spin its broadcasts toward extremist views. But US citizens who disagree can easily find alternative viewpoints, just as Malaysians can if they don’t believe that RTM is impartial.

On the issue of international observers for postal votes and balloting, I would only concur with your ideas if there are guarantees the observers are non partisan and are truly independent. So far, the prevailing mood and sentiments demands that the so called observers should be on the side of the opposition. Else, the opposition parties in Malaysia would reject their findings. We do not wish to have a situation where a team of observers need to be appointed to observe the observers.

Just look at you, Ambassador Malott , are you writing the open letter as a concerned global citizen who are impartial, non partisan and truly independent ?

Malaysia is fully committed to democracy and ensuring that all citizens have an opportunity to comment on government policies and participate fully in politics, no matter what side they choose. The only thing that’s asked is tolerance and a sense of community. 

Malaysia is a diverse nation, as you know from your service here, and we value diversity of opinion. So please continue to offer your observations, and make your voice heard, just as Malaysians will make their voices heard in the free and fair elections that will be held in the coming months. Thank you.

Tuesday, August 2, 2011

ORANG INDIA BUKAN BODOH

Oleh Ibrahim Yahaya

Seorang penulis di web portal, Malaysiakini menyatakan bahawa orang India tidak akan lagi diperbodohkan oleh BN pada pilihan raya umum akan datang. Apa yang ditulis tidak penting kerana sebagai individu, beliau pasti tahu apa tujuan penulisannya. Namun yang penting ialah pengundi India pasti bijak dalam memilih calon BN pada masa akan datang kerana pelbagai usaha dibuat oleh kerajaan sekarang bagi membantu mereka.

Melihat kesungguhan PM untuk membantu masyarakat India termasuk mengarahkan Sime Darby, konglomerat perladangan untuk membantu pekerjanya yang terdiri daripada kaum India, memperlihatkan bahawa kerajaan ikhlas membantu golongan yang memerlukan. Tanpa mengira kaum, PM mahu segala bantuan ini diberikan kepada rakyat yang memerlukan dan sudah tentu ini merisaukan pembangkang terutama penulis upahan mereka. Cara terbaik mereka ialah menceritakan perkara yang tidak benar atau separuh benar.

Maka dibuatlah pelbagai tulisan yang menunjukkan bahawa masyarakat India tidak mahu tertipu lagi dengan BN sedangkan mereka sendiri tahu bahawa dalam Pilihan Kecil yang diadakan sebelum ini, pengundi India sudah mula balik ke BN. Mereka perlu melihat angka-angka ini sebelum menulis artikel yang seolah-olah dilihat mahu menegakkan benang yang basah. Ataupun mereka ini sebenarnya dalam keadaan bersikap 'denial' dengan kesungguhan masyarakat India untuk beralih kepada BN pada masa akan datang. Ini kerana pelbagai perkara yang terjadi dalam negeri di perintah oleh dap dan sekutunya.

Apa yang terjadi di Pulau Pinang memaparkan bagaimana masyarakat India dan Melayu ditipu oleh pemimpin anak beranak di negeri itu yang tanpa segan silu membuat sesuatu yang bercanggah dengan apa yang mereka selalu katakan. Kerajaan negeri itu membuat sesuka hati dengan pengendalian tanah menyebabkan ramai penduduk yang marah dengan tindakan dap itu. Kini parti dua beranak itu menyusun strategi untuk memecah-belahkan orang Melayu dan mencari penyokong kuat mereka untuk menghancurkan kumpulan yang lain. Kini mereka bercadang untuk mencari lebih ramai calaon Melayu untuk diketengahkan sebagai calon dalam PRU13 bagi mencapai cita-cita pemimpin dua beranak itu. Kaedah ingin ditiru seperti dilaksanakan di negara jiran.

bersambung....

MALOTT SI PENGHANTAR SURAT

Sumber - AIDC
Inilah muka penghantar surat ke PM yang mempersoalkan pelbagai perkara mengenai Malaysia terutama sistem pilihan raya dan pengendalian RTM. Bagi yang tidak kenal, John Mallot pernah menjadi Duta Amerika Syarikat di sini yang blogawan Rocky dan Big Dog merasakan beliau tidak perlu sibuk mencampuri urusan negara ini. Beliau juga adalah rakan baik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hendak menjadi pejuang pembangkang ke? Pembangkang pun sedang cari orang baru termasuk TR.

Monday, August 1, 2011

UMAT ISLAM MALAYSIA BERTUAH

Setiap kali Ramadan tiba, umat Islam di Malaysia amat istimewa dan bertuah.

Selain dapat beribadat dengan aman dan sentosa, rakyat hidup tanpa sengketa dan tiada berbalah.

Mereka juga dapat bermesra dengan jiran tetangga dengan semangat ukhwah.

Ramadan juga memperlihatkan jalinan perpaduan terukir indah.

Pasar Ramadan dipenuhi dengan rakyat pelbagai bangsa mencari juadah.

Rezeki melimpah di bumi bertuah tanpa perlu sentiasa menadah dan pasrah.

Fikirkanlah dan jangan tersalah langkah.

Peliharalah keamanan dan keselesaan yang senantiasa terserlah..

Pastikan kita dapat berpuasa seperti ini sehinggalah bumi hancur musnah.